Tuesday 16 September 2014


One XOX Sdn Bhd merupakan sebuah Syarikat Bumiputera  dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005. One XOX Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri.

One XOX percaya akan model perniagaan yang cekap, telus dan Sedaya Upaya Mematuhi Tuntutan Syariah untuk mempastikan kadar perkhidmatan adalah sangat berpatutan, tiada iklan-iklan yang mengelirukan serta tiada unsur-unsur caj tersembunyi dapat menarik minat dikalangan pelanggan-pelanggan perkhidmatan mudah alih yang sentiasa mencari alternatif penjimatan.

Disamping penawaran perkhidmatan yang sangat kompetitif, One XOX yang tidak mengamalkan pengiklanan secara terbuka telah membuka peluang perniagaan telekomunikasi 'sebenar' mampu milik kepada semua individu yang berminat dengan menawarkan insentif lumayan dan berpanjangan berkonsepkan perkongsian keuntungan syarikat.

One XOX mengalu-alukan semua pelanggan yang dahagakan penjimatan serta usahawan-usahawan yang sedang giat mencari peluang perniagaan untuk mencuba perkhidmatan telus tanpa caj tersembunyi dan memanfaatkan platform perniagaan yang ditawarkan.

OUT THERE WE ARE ONE


Picture


VISI

Menjadi perintis yang berjaya ke tahap global di dalam industri telekomunikasi dengan strategi pemasaran unik yang menawarkan perkongsian keuntungan syarikat kepada pengedar.





MISI

Menyediakan perkhidmatan berkualiti pada kadar yang sangat berpatutan serta sedaya upaya mematuhi tuntutan syariat di dalam perniagaan. 

PictureONE XOX Sdn.Bhd. (1072886-D)
29-3, Block B, Jaya One,
72A, Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Khidmat Pelanggan: 1-300-888-010
(daripada talian XOX): 12273             *8 pagi - 12 tengahmalam (Setiap hari termasuk cuti umum)

 




OBJEKTIF

• Memberi kesedaran kepada pengguna telefon mudah alih tentang kadar panggilan yang dikenakan melalui demonstrasi produk.
•  Memberi pilihan baru kepada pengguna telefon mudah alih untuk berjimat.
•  Membuka peluang perniagaan telekomunikasi kepada usahawan kecil.
•  Membantu menaikkan taraf hidup serta ekonomi  masyarakat setempat melalui program insentif pengedar.
•  Menyumbang kepada pertumbuhan sektor ICT yang sejajar dengan matlamat kerajaan. 



















Kenali CEO One XOX Sdn Bhd

CEO One XOX Sdn Bhd ialah ARISYAM SHAMSUDIN.. Bukan berpangkat Dato' atau Tan Sri.. Sebaliknya beliau adalah seorang Korporat yang pernah Menerajui SalamFon (Kerjasama dgn MAXIS) yang merupakan talian prabayar pertama berlandaskan syariah.. Selepas MAXIS enggan Meneruskan kerjasama tersebut, maka beliau beralih dan menubuhkan One XOX Sdn Bhd yang menggunakan Coverage Line Celcom yang ternyata lebih meluas.. 

Anda boleh mengenali beliau dengan merujuk Blogsite Peribadi beliau:
www.ariesham.com

Dan laman Facebook beliau:
www.facebook.com/Arieshams

Sedikit Kata2 beliau untuk direnungi..

Arie Sham
1 July ·2014 
Assalamualaikum ...

Kehadiran ramadan tahun ini mengingatkan saya peristiwa bagaimana ONESALAM menghadapi musibah apabila TALIAN PRABAYAR BERTERASKAN SYARIAH telah ditamatkan perkhidmatan oleh MAXIS . Perlu diingat ONESALAM dibawah naungan SALAMFONE adalah syarikat 100 % bumiputera yg mengendalikan talian prabayar pada waktu itu . Selama beroperasi selama 8 bulan ONESALAM telah berjaya memberikan perkhidmatan kepada 70 ribu pelanggan yg rata rata berpuashati dgn pelan penjimatan DA/MA kami . Malangnya seminggu sebelum hari raya perkhidmatan ini telah dihentikan . Puas merayu melutut dgn SKMM , dgn MENTERI yg semuanya melayu agar line salamfone disambung semula utk persiapan hari raya dan selepas itu nak ditamatkan pun tak pe , beri kami masa .... tapi apa yg MELAYU ini dpt adalah rejection dari MENTERI MELAYU dan karenah birokrasi MAXIS . Kat mana semangat MELAYU pada waktu itu ..kat mana ?

Setelah itu kami berpindah ke XOX BERHAD ... menjadi anak syarikat kepada SYARIKAT BERHAD dan mempunyai produk telekomunikasi dgn rate panggilan DA/MA kami, malah lebih baik dari bersama SALAMFONE . Segala modal perniagaan bersama SALAMFONE tertanam begitu sahaja .. tak banyak cuma dalam 3 juta ringgit sahaja . Disini XOX BERHAD telah membantu kami utk bangkit kembali . Modal permulaan diberi secara consignment dengan beberapa syarat .. Dan ONEXOX adalah 100 % bumiputera yg sama seperti dahulu .. setakat ini kami sudah mempunyai 100 k pelanggan yg berpuashati dgn pelan penjimatan yg kami tawarkan . Adakah kami mendapat bantuan peniaga peniaga cina utk menjual product kami ? Adakah pernah kami membuat iklan perbandingan yg faktanya merapu sebegini ? Pernahkan kami menjual simkad berharga rm 150 ?

Kepada pengedar lain ...jangan rendahkan kemampuan melayu dgn memberi alasan golongan cina tidak mahu menjual produk anda kerana di ONEXOX kami 100% melayu ...dan hampir 98% pengedar kami adalah MELAYU ..kami bekerja siang dan malam utk memberi kesedaran tentang dunia telekomunikasi .. bagai mana PAY PER USE merompak duit orang kita .. bukan dgn menyalak mengatakan bahawa cina boikot produk melayu .... Malulah sikit dgn BILLIONAIRE Melayu kita tu ... Tan sri syed Mokhtar .. takkan topup tak dijual di & ELEVEN dikatakan boikot dari cina DAP ...

Takkan syarikat sekaya ini memerlukan sentimen bangsa utk mendapat perhatian ... rendah sangat kah martabat melayu saudara ...

Salam
Ariesham


CEO ONEXOX bersama seorang Dealer muda berumur 16 tahun (Register guna nama bapa dia)..
Baru 2 Bulan jadi Dealer dah ada lebih 100 user dia daftarkan..